Wednesday, December 26, 2012

Chef ayah

tak de idea nak tulis blog, so cerita pasal ayah je lah sementara tunggu dinner siap nih..

Jangan tak tau, ayah ku ini kalau memasak... fuh..best....jom tengok gambar ayah saya di dapur..tapi 18sx ye...seksi sikit ' uniform ' nya tuh...

anyway...my mum pun chef la jugak..tapi sebab ayah saya tersangat lah baik hati dan sayang kat   ' baby' dia tu ( mama la, sapa lagi ), maka ayah sentiasa menunjukkan kerajinannya di dapur...bila dah siap masak.........babyyyyyy......makan meh...... ( bertuahnya mamaku ) heheh...........

i love you mum, dad.......................muahhhh...

chef paling seksi di dunia ,
gambo ni kelabu sebab ayah punya skill memasak hebat sangat, laju bebeno mengaco nya.. 

siap kain sangkut kat bahu...buat lap..

Monday, December 24, 2012

adikku bersunat

Hari ini dalam sejarah. Jumaat. 30 November 2012.

Oleh kerana cuti akhir tahun ni kami tak ke mana (lokasi yang jauh la, kalau dekat tu, sampai je mana-mana pun, espeseli bab-bab keluar makan..) , maka mama saja-saja buat plan, mula-mula usik-usik je si budak kecik 'Abid, " 'Abid sikit lagi kena bersunat tau". Sebenarnya tipu je..heheh.. Tapi si budak 'Abid lepas tu asyik tanya-tanya je kat mama, bila nak sunat, bila nak sunat, bila nak sunat..(heh..tak larat nak dengar...dan nak taip ayat nih..) Udah tu, asyik tanya je, mama and ayah pun apa lagi, vroom vroom la pegi klinik ArRidzuan, book tarikh bersunat untuk 'Abid. Haaaa nak sangat kan.

Tapi ok gak la si 'Abid ni. Walaupun teghoyak gak la masa inject kat 'petpon' dia tu, tapi lepas tu ok je..pak cik doktor pun ok pandai layan dia sembang..hmm solosai satu bab...lepas ni nak 'tune' si budak kecik 'Abid ni jadi BUDAK BAIK  gak.....macam SAYA....heheheh......

adik..tangan kasi letak atas...

tu dia pelakon utama, pak cik doktor dan si budak kecik 'Abid,  saya dan ayah selaku pelakon pembantu, jadi  'abang doktor'  ( berangan jap ) dan encik cameraman....CUCUK dia Doc....CUCUK dia Doc...adusss tokonang somaso duluuuuu...

tak nampak kan, tak nampak kan incik ' petpon '....so boleh tunjuk la gambar nih heheh.... ( sambil urut-urut dagu )

solosai....

kat luar klinik lepas bersunat....peace la konon, bius ada lagi la katakan...lepas ni siap la ko meraung...

siap main game ko ye..siap le malam karang...nyuuut....nyuuuut....nyuuut....heheh..( sambil urut-urut dagu lagi )

shiaaannnnnn dia........

gantung kain baaannggggg........

posing maut ko ye...mentang-mentang ramai 'pelawat'.......bersama 'budak-budak kecik' sepupu  yang datang menjenguk....semua dah bersunat, kecuali budak baju kuning dan kuning belang oren hitam....








Wednesday, December 5, 2012

Aktiviti 2012


Sukan SIS 2012


Nampaknya saya telah mula kembali aktif setelah lama mendiamkan diri. Sebenarnya saya berada di sekolah asrama penuh, jadi saya tiada masa untuk membuka blog saya. Sekarang pada cuti akhir tahun 2012 ini, saya akan cuba untuk kembali aktif. Pada tahun ini pelbagai aktiviti yang telah sekolah saya jalankan sebagai contoh hari sukan Sekolah Izzuddin Shah 2012. Juara bertahan, rumah Kuning telah dinobatkan sebagai juara rumah sukan SIS 2012. Tempat kedua telah diambil alih oleh pasukan rumah Biru yang sebelum ini menduduki tempat keempat daripada empat. Sungguh mengagumkan, tahniah saya ucapkan. (padahal saya pun rumah biru) tempat ketiga jatuh kepada rumah Merah dan tempat keempat jatuh kepada rumah Hijau.


sungguh bersemangat rumah biru



Blue Warriors



Gambarnya tak berapa elok maaf!

Wednesday, March 14, 2012

cuti2+shopping

Pada tanggal 10 Mac 2012, saya bersama dgn keluarga saya pergi jln2 ke Sitiawan. Tujuannya ibu saya yg dicintai ingin pergi ke kedai tudung. Ibu saya yg sebenarnya minat dgn tudung.Pada pagi tu kita orang berangkat ke Sitiawan dgn menaiki kereta. Kami singgah ke warung Pak Nan utk breakfast. Makanan dia sedap.

emmm... menyelerekan...

 Lps tu, kitaorang pergi ke Lumut. Cam biasa, selalu org pergi ke Lumut mesti pergi mandi laut punya, syok sangat.
 
ni tengah menimbus kan kaki saya... best...

adik pun mesti nak jugak...









 Lps mandi, mesti penat. lps dah siap tukar baju, kami gi mkn kat kedai. tuan punya kedai sangat peramah terhadap saya sebab saya ni kebetulan suka makan pucuk ubi, dia pun puji saya. siap bagi  harga murah lagi. Mknn dia sdp sangat, korang semua pun leh mkn kat sini.

tempatnya dah le bersih, leh di katakan first class le...

terbaik punya makanan le...
Lps tu, blk , dgn rasa kepenatan yg amat sangat...

Friday, February 10, 2012

Nama-nama pilihan untuk anak

Baru-baru ini, azan.com telah mendapat permintaan untuk mencarikan nama-nama yang mempunyai maksud yang baik untuk bayi adik ipar yang bakal dilahirkan. Apalagi memang hobi bab-bab mencari nama yang best-best ni. Jom kita jengah nama-nama yang telah dipilih.

Akan tetapi pembaca diminta merujuk bijak pandai yang lebih arif dalam hal ini. Maksud ini boleh la dijadikan panduan, tetapi ia adalah 'direct meaning', jadi jika ada kekhilafan (rasanya kalau adapun sedikit amat, insyaAllah ) maaf dipinta.

Sebenarnya ia tak salah tapi mungkin kurang tepat dari segi pemberian makna dan penggabungan sahaja. Asalkan maknanya baik dan tidak menyimpang jauh dari redha Allah, insyaAllah boleh digunakan, wallahua'lam...


Gabungan Nama (lelaki)
Maksud

Mursyid Khalish

Pembimbing yang ikhlas
Rizq Wafiq

Rezeki yang berjaya
Ajad Dhiya Uddin

Ajad = yang berbuat baik
Dhiya uddin = cahaya agama

Nuwair Muazzam

Cahaya yang disanjungi
Rusyaidi Wazif

Yang cerdik dan tekun
Afham Fawwaz

Yang pandai dan berjaya


Gabungan Nama (perempuan)
Maksud

Azzalea Hanania

Kekal abadi,  dikasihi Allah
Diyanah Amanda

Agama  yang dikasihi
Almira Batrisya

Puteri cerdik  pintar
Adelia Eryna

Keadilan kita, yang cantik
Bussaina Alisha

Cantik menarik, dilindungi Tuhan
Qaisara Mawaddah

Permaisuri kasih sayang
Damia Kamila

Bijaksana  yang sempurna



Thursday, February 9, 2012

Saya Budak Baru Belajar

Azan.com meredah lagi dunia blog. Merangkak-rangkak le pulak. Nak buat camne. Janji jangan ketinggalan sudah. Kami dah siap pasang nuffnang ha. Harap-harap semua berfungsi dengan baik. Jom la kawan-kawan dan pengunjung semua. Sokong la kami. Okay!!!

Tuesday, February 7, 2012

OSBON menang weh..!

Baru je bercerita pasai Tok Long si Azam, Azim dan Azri yang baru bersunat hari tu. Ha ni cerita pasal Mr.Os, Tok Long dema tu. Mr. Os dan partnernya Abon menang dalam Maharaja Lawak Mega baru-baru ni. Mungkin tak terlambat nak ucapkan tahniah, sebab dema ni memang best dan sentiasa best. Tak de istilah terlambat rasanya sebab dema ni sentiasa berlawak je kojenya.

Baru-baru ni dema buat persembahan lawak di Istana Budaya. Wah! hebat sungguh. Siapa sangka, dengan lawak je boleh menaikkan nama seseorang. Itu membuktikan walau apa pun yang kita buat, buat la bersungguh-sungguh dan pastikan mendatangkan faedah...

Agak-agak Mr.Os nak upgrade lagi Chalet d'Kampung beliau ke agaknya..meriah le wehhh!!

Ke, nak beli kebun deghoyan???

Monday, December 12, 2011

Majlis Khatan di Chalet d'Kampung Mr Os Kuala Kangsar

Baru-baru ini (10.12.2011) Adam menghadiri Majlis Khatan beramai-ramai yang diadakan di Chalet d'Kampung Mr Os. Sepupu Adam (sebelah mama) yang berkhatan iaitu Azim, Azam dan Azri dan juga lima orang saudara mereka yang lain (sebelah ayah mereka). Mereka ni anak Makco Adam. Mr Os pulak Tok Long dema bertiga ni.

Best gak majlis tu. Adam ada ceritakan pasal chalet ni kat entri sebelum ni (tajuk 'bercutiiiii'). Rupa-rupanya dah ada beberapa bangunan baru dah dibangunkan. Bertambah cantik la chalet ni. Kami tunggu Azim, Azam dan Azri selesai berkhatan baru kami balik Ipoh, iaitu selepas maghrib.

Sebenarnya mama nak tunggu balik malam sebab nak makan kat kedai yang ada jual nasi goreng + ikan rebus goreng + sambal belacan. Kedai ni kat jalan nak ke rumah Makco Adam. Tak tau namanya tapi sedap nasi tu. Tak jumpa kat tempat lain. Tu yang sanggup tunggu sampai kedai tu mula beroperasi.

Antara tetamu yang hadir. Saudara mara Ayah Co
Kolam ni pun dah makin cantik, masa kami datang dulu tak siap sepenuhnya lagi. kat sini le bebudak nak kena 'potong' tu berendam..debushhh. bebudak pompuan tu saja nyebuk jee
salah satu chalet baru
chalet baru jugak
bangunan pejabat chalet d'kampung Mr Os
azri
Azam
Azim..dalam 8 orang yang berkhatan tu, si Yop Azim ni pulak yang nangih..ish..ish
Superman makan durian---ni Mr Os pakai kostum yang beliau guna dalam rancangan Maharaja Lawak Mega Jumaat malam semalam.. grup yang paling best, terbaeekkk..hidup OSBON!!! ni nak menghiburkan budak-budak yang dah ketakutan nak di'potong' la ni...
Azam dan Azri- tertidur kepenatan dan 'kesakitan'!??? adussss
jeng...jeng...jeng
up up and the wayyyyyy...
aik tak mau teghobang pun,....baik belah deghoyan dulu. dapat gak makan


Tuesday, November 22, 2011

Lawatan ke Taiping - Team Taekwondo SIS

Antara aktiviti akhir tahun yang diadakan adalah oleh Team Taekwondo SIS. Kami telah berkunjung ke Taiping (dekat je..sebab sesuai dengan bajet yang ciput). Tengok le apa yang kami buat kat sana...












ohh tidak...selamatkan kepala akuuuuuuuuuuuuu....