Monday, December 24, 2012

adikku bersunat

Hari ini dalam sejarah. Jumaat. 30 November 2012.

Oleh kerana cuti akhir tahun ni kami tak ke mana (lokasi yang jauh la, kalau dekat tu, sampai je mana-mana pun, espeseli bab-bab keluar makan..) , maka mama saja-saja buat plan, mula-mula usik-usik je si budak kecik 'Abid, " 'Abid sikit lagi kena bersunat tau". Sebenarnya tipu je..heheh.. Tapi si budak 'Abid lepas tu asyik tanya-tanya je kat mama, bila nak sunat, bila nak sunat, bila nak sunat..(heh..tak larat nak dengar...dan nak taip ayat nih..) Udah tu, asyik tanya je, mama and ayah pun apa lagi, vroom vroom la pegi klinik ArRidzuan, book tarikh bersunat untuk 'Abid. Haaaa nak sangat kan.

Tapi ok gak la si 'Abid ni. Walaupun teghoyak gak la masa inject kat 'petpon' dia tu, tapi lepas tu ok je..pak cik doktor pun ok pandai layan dia sembang..hmm solosai satu bab...lepas ni nak 'tune' si budak kecik 'Abid ni jadi BUDAK BAIK  gak.....macam SAYA....heheheh......

adik..tangan kasi letak atas...

tu dia pelakon utama, pak cik doktor dan si budak kecik 'Abid,  saya dan ayah selaku pelakon pembantu, jadi  'abang doktor'  ( berangan jap ) dan encik cameraman....CUCUK dia Doc....CUCUK dia Doc...adusss tokonang somaso duluuuuu...

tak nampak kan, tak nampak kan incik ' petpon '....so boleh tunjuk la gambar nih heheh.... ( sambil urut-urut dagu )

solosai....

kat luar klinik lepas bersunat....peace la konon, bius ada lagi la katakan...lepas ni siap la ko meraung...

siap main game ko ye..siap le malam karang...nyuuut....nyuuuut....nyuuut....heheh..( sambil urut-urut dagu lagi )

shiaaannnnnn dia........

gantung kain baaannggggg........

posing maut ko ye...mentang-mentang ramai 'pelawat'.......bersama 'budak-budak kecik' sepupu  yang datang menjenguk....semua dah bersunat, kecuali budak baju kuning dan kuning belang oren hitam....








No comments:

Post a Comment

jom join!!