Monday, December 12, 2011

Majlis Khatan di Chalet d'Kampung Mr Os Kuala Kangsar

Baru-baru ini (10.12.2011) Adam menghadiri Majlis Khatan beramai-ramai yang diadakan di Chalet d'Kampung Mr Os. Sepupu Adam (sebelah mama) yang berkhatan iaitu Azim, Azam dan Azri dan juga lima orang saudara mereka yang lain (sebelah ayah mereka). Mereka ni anak Makco Adam. Mr Os pulak Tok Long dema bertiga ni.

Best gak majlis tu. Adam ada ceritakan pasal chalet ni kat entri sebelum ni (tajuk 'bercutiiiii'). Rupa-rupanya dah ada beberapa bangunan baru dah dibangunkan. Bertambah cantik la chalet ni. Kami tunggu Azim, Azam dan Azri selesai berkhatan baru kami balik Ipoh, iaitu selepas maghrib.

Sebenarnya mama nak tunggu balik malam sebab nak makan kat kedai yang ada jual nasi goreng + ikan rebus goreng + sambal belacan. Kedai ni kat jalan nak ke rumah Makco Adam. Tak tau namanya tapi sedap nasi tu. Tak jumpa kat tempat lain. Tu yang sanggup tunggu sampai kedai tu mula beroperasi.

Antara tetamu yang hadir. Saudara mara Ayah Co
Kolam ni pun dah makin cantik, masa kami datang dulu tak siap sepenuhnya lagi. kat sini le bebudak nak kena 'potong' tu berendam..debushhh. bebudak pompuan tu saja nyebuk jee
salah satu chalet baru
chalet baru jugak
bangunan pejabat chalet d'kampung Mr Os
azri
Azam
Azim..dalam 8 orang yang berkhatan tu, si Yop Azim ni pulak yang nangih..ish..ish
Superman makan durian---ni Mr Os pakai kostum yang beliau guna dalam rancangan Maharaja Lawak Mega Jumaat malam semalam.. grup yang paling best, terbaeekkk..hidup OSBON!!! ni nak menghiburkan budak-budak yang dah ketakutan nak di'potong' la ni...
Azam dan Azri- tertidur kepenatan dan 'kesakitan'!??? adussss
jeng...jeng...jeng
up up and the wayyyyyy...
aik tak mau teghobang pun,....baik belah deghoyan dulu. dapat gak makan