Saturday, March 19, 2011

bercuti!!!!!!!

Cuti pertengahan penggal ni iaitu dari 12 hingga 20 Mac banyak jugak la peristiwa yang berlaku. Pertama , birthday yop Adam. Mama hadiahkan 13 buah buku simbolik untuk umur Adam yang ke 13. Happy B'day yop. Pastu pada 15 dan 16 Mac pula yop ajak bercuti, sempena b'day dia katanya. Macam2 la pulak. Mama malas betul nak berjalan2. Kerja banyak la.... Tapi kesian pulak la tengok angah dengan 'Abid sibuk jugak nak ajak berjalan.

Jadi kami amik keputusan ke Taiping dan Kuala Kangsar je. Dekat cukup la. Tak cukup bajet. Hari Selasa 15hb kami ke Taiping, kemudian petangnya kami check in di Chalet D'kampung, Kuala Kangsar. Haa...ni nak cerita ni. Chalet ni Mr. Os yang punya, ala artis atau pelawak tu. Best jugak. Murah dan berbaloi la. Walaupun kat tempat sendiri je, rupa-rupanya ada tempat yang kami tak pernah sampai pun ...


Thursday, March 17, 2011

Kenapa SIS? (Misi Anak Soleh)

    Sebelum menjadi warga Izzuddin, Adam sebenarnya terlebih dahulu bersekolah di SMKJT selama dua minggu. Adam ditempatkan di tingkatan 1A. Selepas itu Adam ditawarkan di bawah Kelas Aliran Agama (KAA) di SMK Raja Chulan. Ada peristiwa pahit semasa di SMKJT  iaitu semasa Adam nak mendaftar di SMK Raja Chulan, cikgu kelas kata boleh ambil balik duit yuran yang dah bayar di SMKJT dulu, jadi kami pun pergi petang tu jugak. Maklumle, mama susah nak dapat cuti jadi apa-apa hal settle hari tu jugak.
    Malangnya masa jumpa cikgu kelas, Cikgu P, katanya Adam tak bayar, sedangkan dah serah duit RM41 pada beliau beberapa hari sebelum tu. Tapi kami fahamla kenapa duit tu hilang, cikgu tu punya selongkar 'longgokan' lipatan borang  budak-budak yang dah bayar, duit-duit yuran tu main selit-selit je kat borang dema, tak ada tempat simpan duit khas, takde fail khas dan macam-macam lagi kesilapan yang kami nampak. Katanya memang tak ada fail sebab budak-budak 1A ni gerenti ada yang akan ditawarkan ke sekolah lain punya sebab dema ni budak-budak yang dapat result bagus-bagus. Nak buat macam mana, mengenangkan dia tu cikgu, mama malas nak marah-marah, redha je la. Sebab mama pun tau tak semua cikgu macam tu, ada masalah menguruskan hal-hal duit pelajar. Boleh pulak dia tanya kat ketua kelas Tingkatan 1A tu, gerenti la dia mengaku tak tau punya!!.
    Kami pun balik ke SMKRC dan susun barang di asrama. Yop Adam seronok di sini katanya. Ada dua minggu jugak la kat SMKRC. Siap jadi Ketua Tingkatan 1 KAA lagi. Tapi itu tak lama. Adam dapat pulak tawaran ke SMKA Slim dan beberapa hari kemudian dapat pulak tawaran ke Izzuddin. Haa sudah.....dah tak tau nak pilih mana satu. Adam memang ada impian nak ke asrama penuh. Masa tak dapat mana-mana asrama lagi, ada pihak sekolah MCKK telefon mama sebab Adam memang ada apply kat sana. Jawab soalan macam-macam la tentang Adam yang dia tanya. Mama ingat dah boleh la dapat MCKK sebab orang sana siap call ke rumah lagi. Adam pun aktif di sekolah rendah dulu. Tapi takde rezeki nak ke MCKK.  Best friend Adam kat  Raja Chulan, Faiz, dapat SMKA Bota. Adam pun semangat la nak ke Slim. Nak SMKA jugak.! Mama dengan ayah siap survey jalan, pergi tengok asrama lagi kat SMKA Slim tu. Kami dah susah hati sebab boleh tahan jauh juga nak ke Slim. Maklum le kami tau sangat perangai Adam ni. Macam tak yakin pulak dia boleh berdikari jauh-jauh. Kalau dekat macam RC ni ye la dah lulus dah.
    Jenuh jugak nak pujuk Adam agar masuk je Izzuddin. Kami tanya kat kawan-kawan mama di Taayah, tanya ustaz-ustaz di RC, ustazah-ustazah Adam di Sek. Rakyat Al Hidayah, Tasek dan ustaz-ustaz kat sekolah mama la. Maka kami pun dah buat keputusan. Tapi kami tetap suruh Adam yang buat pilihan sendiri kerana tak nak dia rasa terkilan atau menyesal nanti. Mama tulis sebab-sebab kenapa mama dan ayah lebih kuat merasakan nak masukkan Adam di Izzuddin berbanding SMKA Slim. Memang la glamour tapi ada benda lain yang kita kena pertimbangkan jugak. Tambahan pulak semua 'rujukan' yang mama tanya tadi setuju yang Izzuddin juga baik dari segi mentarbiah pelajar. Mungkin la kot. Tak le kata SMKA tak baik, cuma banyak sebab lain yang menguatkan pilihan kami pada Sekolah Izzuddin ni.



Haa...ni la 'choice' yang mama beri pada Adam agar dia dapat buat pertimbangan  nak pilih sekolah mana!!


    Masa buat medical check up pun kami buat dua-dua sekali, untuk SMKA dan Sek. Izzuddin. Mama cakap kat doktor tu Adam tak buat pilihan lagi sebab dua-dua sekolah pun memang bagus. Doktor tu, Dr. Setow Hoo (HRPB) siap bagi perangsang lagi, yang penting katanya, walau Adam pilih yang mana pun, Adam buat yang terbagus. Nak menangis mama dengan sokongan doktor tu. Terima kasih Dr. Hoo.
    Sewaktu balik dari medical check up, Adam terus bagitau mama dia dah buat pilihan dan nak pergi ke Izzuddin. Mama lega kerana keputusan bertepatan dengan hasrat mama dan ayah. Bukan apa, mama susah nak cuti, apa-apa hal nak jenguk yop nanti takut ada kesukaran, masalah kos lagi, masalah masa. Mama tak nak mengabaikan yop walaupun yop duduk di asrama. Mama memang bertekad akan selalu jenguk yop kalau dia masuk asrama. Jadi tertunailah sudah impian kami nak yop masuk ke sekolah agama. Tinggal lagi Adam saja yang kena menjalankan misi menjadi anak soleh....moga anak mama berjaya....Amin.....