Wednesday, December 26, 2012

Chef ayah

tak de idea nak tulis blog, so cerita pasal ayah je lah sementara tunggu dinner siap nih..

Jangan tak tau, ayah ku ini kalau memasak... fuh..best....jom tengok gambar ayah saya di dapur..tapi 18sx ye...seksi sikit ' uniform ' nya tuh...

anyway...my mum pun chef la jugak..tapi sebab ayah saya tersangat lah baik hati dan sayang kat   ' baby' dia tu ( mama la, sapa lagi ), maka ayah sentiasa menunjukkan kerajinannya di dapur...bila dah siap masak.........babyyyyyy......makan meh...... ( bertuahnya mamaku ) heheh...........

i love you mum, dad.......................muahhhh...

chef paling seksi di dunia ,
gambo ni kelabu sebab ayah punya skill memasak hebat sangat, laju bebeno mengaco nya.. 

siap kain sangkut kat bahu...buat lap..

Monday, December 24, 2012

adikku bersunat

Hari ini dalam sejarah. Jumaat. 30 November 2012.

Oleh kerana cuti akhir tahun ni kami tak ke mana (lokasi yang jauh la, kalau dekat tu, sampai je mana-mana pun, espeseli bab-bab keluar makan..) , maka mama saja-saja buat plan, mula-mula usik-usik je si budak kecik 'Abid, " 'Abid sikit lagi kena bersunat tau". Sebenarnya tipu je..heheh.. Tapi si budak 'Abid lepas tu asyik tanya-tanya je kat mama, bila nak sunat, bila nak sunat, bila nak sunat..(heh..tak larat nak dengar...dan nak taip ayat nih..) Udah tu, asyik tanya je, mama and ayah pun apa lagi, vroom vroom la pegi klinik ArRidzuan, book tarikh bersunat untuk 'Abid. Haaaa nak sangat kan.

Tapi ok gak la si 'Abid ni. Walaupun teghoyak gak la masa inject kat 'petpon' dia tu, tapi lepas tu ok je..pak cik doktor pun ok pandai layan dia sembang..hmm solosai satu bab...lepas ni nak 'tune' si budak kecik 'Abid ni jadi BUDAK BAIK  gak.....macam SAYA....heheheh......

adik..tangan kasi letak atas...

tu dia pelakon utama, pak cik doktor dan si budak kecik 'Abid,  saya dan ayah selaku pelakon pembantu, jadi  'abang doktor'  ( berangan jap ) dan encik cameraman....CUCUK dia Doc....CUCUK dia Doc...adusss tokonang somaso duluuuuu...

tak nampak kan, tak nampak kan incik ' petpon '....so boleh tunjuk la gambar nih heheh.... ( sambil urut-urut dagu )

solosai....

kat luar klinik lepas bersunat....peace la konon, bius ada lagi la katakan...lepas ni siap la ko meraung...

siap main game ko ye..siap le malam karang...nyuuut....nyuuuut....nyuuut....heheh..( sambil urut-urut dagu lagi )

shiaaannnnnn dia........

gantung kain baaannggggg........

posing maut ko ye...mentang-mentang ramai 'pelawat'.......bersama 'budak-budak kecik' sepupu  yang datang menjenguk....semua dah bersunat, kecuali budak baju kuning dan kuning belang oren hitam....








Wednesday, December 5, 2012

Aktiviti 2012


Sukan SIS 2012


Nampaknya saya telah mula kembali aktif setelah lama mendiamkan diri. Sebenarnya saya berada di sekolah asrama penuh, jadi saya tiada masa untuk membuka blog saya. Sekarang pada cuti akhir tahun 2012 ini, saya akan cuba untuk kembali aktif. Pada tahun ini pelbagai aktiviti yang telah sekolah saya jalankan sebagai contoh hari sukan Sekolah Izzuddin Shah 2012. Juara bertahan, rumah Kuning telah dinobatkan sebagai juara rumah sukan SIS 2012. Tempat kedua telah diambil alih oleh pasukan rumah Biru yang sebelum ini menduduki tempat keempat daripada empat. Sungguh mengagumkan, tahniah saya ucapkan. (padahal saya pun rumah biru) tempat ketiga jatuh kepada rumah Merah dan tempat keempat jatuh kepada rumah Hijau.


sungguh bersemangat rumah biru



Blue Warriors



Gambarnya tak berapa elok maaf!