Friday, February 10, 2012

Nama-nama pilihan untuk anak

Baru-baru ini, azan.com telah mendapat permintaan untuk mencarikan nama-nama yang mempunyai maksud yang baik untuk bayi adik ipar yang bakal dilahirkan. Apalagi memang hobi bab-bab mencari nama yang best-best ni. Jom kita jengah nama-nama yang telah dipilih.

Akan tetapi pembaca diminta merujuk bijak pandai yang lebih arif dalam hal ini. Maksud ini boleh la dijadikan panduan, tetapi ia adalah 'direct meaning', jadi jika ada kekhilafan (rasanya kalau adapun sedikit amat, insyaAllah ) maaf dipinta.

Sebenarnya ia tak salah tapi mungkin kurang tepat dari segi pemberian makna dan penggabungan sahaja. Asalkan maknanya baik dan tidak menyimpang jauh dari redha Allah, insyaAllah boleh digunakan, wallahua'lam...


Gabungan Nama (lelaki)
Maksud

Mursyid Khalish

Pembimbing yang ikhlas
Rizq Wafiq

Rezeki yang berjaya
Ajad Dhiya Uddin

Ajad = yang berbuat baik
Dhiya uddin = cahaya agama

Nuwair Muazzam

Cahaya yang disanjungi
Rusyaidi Wazif

Yang cerdik dan tekun
Afham Fawwaz

Yang pandai dan berjaya


Gabungan Nama (perempuan)
Maksud

Azzalea Hanania

Kekal abadi,  dikasihi Allah
Diyanah Amanda

Agama  yang dikasihi
Almira Batrisya

Puteri cerdik  pintar
Adelia Eryna

Keadilan kita, yang cantik
Bussaina Alisha

Cantik menarik, dilindungi Tuhan
Qaisara Mawaddah

Permaisuri kasih sayang
Damia Kamila

Bijaksana  yang sempurna



No comments:

Post a Comment

jom join!!