Saturday, March 19, 2011

bercuti!!!!!!!

Cuti pertengahan penggal ni iaitu dari 12 hingga 20 Mac banyak jugak la peristiwa yang berlaku. Pertama , birthday yop Adam. Mama hadiahkan 13 buah buku simbolik untuk umur Adam yang ke 13. Happy B'day yop. Pastu pada 15 dan 16 Mac pula yop ajak bercuti, sempena b'day dia katanya. Macam2 la pulak. Mama malas betul nak berjalan2. Kerja banyak la.... Tapi kesian pulak la tengok angah dengan 'Abid sibuk jugak nak ajak berjalan.

Jadi kami amik keputusan ke Taiping dan Kuala Kangsar je. Dekat cukup la. Tak cukup bajet. Hari Selasa 15hb kami ke Taiping, kemudian petangnya kami check in di Chalet D'kampung, Kuala Kangsar. Haa...ni nak cerita ni. Chalet ni Mr. Os yang punya, ala artis atau pelawak tu. Best jugak. Murah dan berbaloi la. Walaupun kat tempat sendiri je, rupa-rupanya ada tempat yang kami tak pernah sampai pun ...




saja nak tunjuk bilik air, kampung style....tapi ada air panas tau..

yop sempat posing...

salah satu sudut dalam chalet ni..


yop dengan ayah posing di beranda chalet yang comel ni...ada 4 buah chalet yang comel dan sebuah chalet berkembar pun comel gak....dengarnya akan ada lagi chalet-chalet comel bakal dibangunkan..boleh la kami datang lagi..

angah dan 'Abid bergambar di depan salah satu chalet bersama seorang pengunjung lain, sempat cari kawan lagi budak berdua ni....


swimming pool pun ada tau..


chalet papan tu ada parit kat sebelahnya tapi tak nampak dalam gambar la, macam boleh memancing je kat situ.
 chalet batu kat sebelah tu pulak kembar dua, tapi kalu nak amik sebuah rumah pun boleh, boleh bukak pintu ke bilik sebelah

satu lagi pilihan chalet...

haa tengok, ada kipas, air-cond.  dan tv

kat pondok ni boleh sembang-sembang sambil minum kopi, atau pun guard anak2 mandi kolam

agak-agak berapa la umur pokok ni ye...
 Balik dari Kuala, yop demam, hari pertama kena masuk wad kecemasan, amik darah, masuk air. Yang bestnya wad kecemasan yang yop masuk tu pun nombor 13 gak, tragis betul. Tapi doktor bagi balik lepas masuk air tu. Hari kedua pergi lagi, amik darah lagi, muntah lagi, panas jangan cakap la... tak turun-turun, naik risau dibuatnya. Hari ketiga pergi lagi, rupanya ada infection kat tekak, merah dan pedih, tu yang buat demam tu, yop 'minum' air kolam banyak sangat kot...he...he..

Lebih kurang seminggu jugak la baru baik demam. Tapi yop tetap balik ke asrama semula. Belajo tak boleh tinggal woo....rugi!
hari pertama kat hospital, ni baru lepas keluar wad kecemasan, masuk air sebab demam yop tak mau kurang panasnya


yop berulang 3 hari berturut-turut ke hospital sebab dek demam ni....




No comments:

Post a Comment

jom join!!