Tuesday, November 22, 2011

Lawatan ke Taiping - Team Taekwondo SIS

Antara aktiviti akhir tahun yang diadakan adalah oleh Team Taekwondo SIS. Kami telah berkunjung ke Taiping (dekat je..sebab sesuai dengan bajet yang ciput). Tengok le apa yang kami buat kat sana...












ohh tidak...selamatkan kepala akuuuuuuuuuuuuu....

Monday, November 21, 2011

aktiviti Adam dan kawan-kawan kat SIS

Adam ingin nak kongsi aktiviti Adam dan kawan-kawan serta akhi-akhi kami yang sporting dan cool semasa kat SIS. Masa awal tahun dulu ada gak rasa takut nak menghadapi kehidupan di SIS ni, tapi sekarang suma dah OK. Best rupanya dok asrama ni. Adam dah semakin sayang dengan suasana kat asrama. Dah kenal maka dah cinta la khehehe

Aktiviti petang

Saturday, November 19, 2011

story at blok bukhari

19 November 2011, Adam start cuti dah. cuti akhir tahun..akhirnya.....habis gak zaman form one yang penuh 'cabaran' huhu..nasib baik suma berjalan lancar. Result exam pun ada peningkatan. Setakat ni result akhir tahun yang paling baik Adam dapat dalam tahun ni. Tapi masih perlu baaaanyyaaakkkk peningkatan lagi sebab mama masih tak puas hati lagi.

Dalam cuti ni, Adam apa lagi, update blog la..dgn bantuan mama yang cun (cewah)..Adam masukkan gambar aktiviti Adam kat SIS, hmm macam-macam kerenah kawan-kawan Adam ada dalam gambar-gambar ni..jom kita tengok sapa yang kena..


ni bukan dera ye..action je..

gaya bebas..
wargghhh...kami lah orang kuat..
peace no war... hensem dak...hehe
oh tidak...tolong daku, sayangi daku...huhuhu
teman seperjuangan
layan mimpi ke??
tiga jejaka pingitan

Friday, November 18, 2011

hari akhir sekolah dan......

18 November 2011 adalah hari akhir sekolah. Adam pun bersiap-siap nak balik kampung, tunggu mama dan ayah jemput. barang suma dah simpan kat loker, kunci elok-elok dan apa lagi...zooom balik. Yahooo...cuti.

Tapi ada berita sedih rupanya. bila mama dan ayah amik, kita pergi ke hospital kerana tok saudara Adam meninggal. Ayah tolong uruskan jenazahnya. Jadi Adam pun tumpang hulur tenaga buat apa-apa yang patut.
Sampai di Masjid AsSyarifah ,Kg Tasek lebih kurang kul 3.45 ptg. Solat jenazah dan kebumi terus.

Walaupun hari hujan, tapi alhamdulillah urusan pengkebumian berjalan lancar. Semoga roh toksu aman di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman, amin...

Wednesday, November 16, 2011

dr.mama

Bukan kat tv je ada cerita dr.mama, kat rumah kami pun ada dr.mama. Dr.mama ni memang best. tak caya?? ..tanya sama pokok.......

sebenanya masa ni mama nak cabutkan gigi 'abid yang dah memang longgar giler....tapi jerit ngalahkan kena apa je ish..ish..jauh dari perut



gambar-gambar ni sengaja tak di'rotate' dengan betul untuk mengelak tahap 'kengerian' dan 'kebrutalannya'....ahaks

Monday, November 14, 2011

kenduri rumah baru

alhamdulillah, cuti kali ni, Adam bantu mama mengemas rumah kami yang baru siap renovate. luas la sikit rumah kami sekarang. sebelum tu beberapa hari lalu, semasa hari raya korban kedua, kami buat kenduri kesyukuran masuk rumah. sebenarnya rumah ni sebelah rumah Adam yang lama je, tambah dua bilik dan ruang tamu serta bilik air dan beranda.

Bacaan Yassin malam Jumaat 3 Nov. 2011



antara tetamu yang hadir



bila tetamu dah balik kami pulak 'bersidang' depan hidangan

aikk..mak uda dgn pak uda bukan kata nak makan beradap ke tadi..

udah-udah le tu...orang lain dah kenyang tu, stop aje le makan...

mak uda dan pak uda amik tender basuh pinggan..thanx mak uda, terima kasih pak uda..

Kenduri kesyukuran Isnin 7 Nov. 2011