Wednesday, July 13, 2011

taekwondo duniaku...

Pada masa cuti yang sama jugak (Jun2011) Adam turut menyertai tournament taekwondo untuk kali kedua tahun ni. Alhamdulillah menang lagi. Walaupun  mewakili seorang saja murid Sir Rosdi tapi dapat jugak la melegakan hati suma orang yang berharap yop menang terutamanya mama...hihih....

dusyum..wachaaa...adam yang pakai vest biru


ni lawan dalam gelanggang je..kat luar kitorang berkenalan..namanya leong wei shan..baik dia ni..

Tuesday, July 12, 2011

Kem Aritmetik di KoTaRaJa anjuran Pusat Pendidikan Masteri

Pada cuti sekolah Jun lepas, Adam dan Angah Solehah telah di'paksa' oleh mama untuk menyertai kem aritmetik ni selama 3 hari 2 malam. Kem ni dianjurkan oleh Pusat Pendidikan Masteri (tempat Adam Tuisyen dulu) dan diadakan di KoTaRaJa, Air Terjun Dusun kat Jelapang. KoTaRaJa ni adalah bangunan Pusat Motivasi Attaqwa. Haa...kat sini jugak Adam mengisi jiwa rohani Adam sejak tahun 3 sampai la sekarang. Maksudnya banyak la program yang Adam sertai di Pusat Attaqwa ni, terutamanya Kem Anak Soleh. Sebelum ni, kem-kem Attaqwa dibuat di bangunan rumah kedai di Taman Meru 2B, tetapi sekarang ni dah ada bangunan sendiri iaitu KoTaRaJa (stand for Kompleks Tarbiyah Raudhatul Jannah).

Sebenarnya Adam paling minat Matematik kat sekolah, tapi ye lah Aritmetik ni benda baru bagi Adam dan Angah (walau pun sebenarnya dah ramai budak-budak kecik yang dah pandai menda ni) so memang la berat sikit nak mencuba. Anyway, lepas habis program best betul. Rasa nak ikut lagi program di masa akan datang, itu pun kalau Pn Nur buat lagi la (dan bagi diskaun kat mama, hihi)..

Masa kat sini Adam sorang je 'lelaki dewasa' ceewaahhh..ye la baki budak2 lelaki yang lain tu budak 'kecik' lagi, terpaksa jadi pemimpin kejap, jadi imam dan merangkap 'ketua'. Best la. Waktu ujian akhir sebelum program tamat, markah Adam boleh tahan memberangsangkan gak..

posing sebelum start kem