Sunday, February 27, 2011

rumah opah

salah satu perkara yang Yop selalu ingat masa kat asrama ialah rumah opah. maklum le..sini le tempat Yop membesar...bermain...dan macam-macam lagi le. Tempat Yop boleh 'order' macam-macam kalau nak makan apa-apa. Opah le yang best.  Tak de tempat lain yang best selain rumah opah ni. Hmm...meh kita tengok rumah opah Yop.


opah dengan angah solehah kat bawah rumah, kawasan lapang ni sampai ke belakang rumah opah adalah 'highway' yop kalau main basikal he...he.....he...


Saturday, February 26, 2011

Sukan SIS feb2011

tadi tu Adam punya entri, sekarang mama pulak. Adam hanya jadi AJK Sukan saja, lebih kurang pegawai sukan le tu. Sebabnya masa Adam masuk sekolah ni rumah biru dan siap pilih peserta dah. Nak wat camna. Tapi tak pe le jadi AJK sukan ni, best gak dapat tolong cikgu, tu pun mama yang galakkan sebab tak nak Adam boring masa sukan Macam-macam koje nya, lebih penat dari yang lari kat balapan tu. Mama tak payah cakap banyak la, tengok je gambo ni...


peserta perbarisan yang nak pitam, Adam tolong longgarkan pakaian dia, yang lain tu tolong bagi idea....kot ye pun jauh le sikit, tak bernafas akhi tu...

berat nya....ihh...ishh

Sukan pertama di SIS

Sudah tiga minggu yop bersekolah di SIS. Yop rasa seronok duduk kat situ. Ramai kawan yang yop yang kenal, daripada sekolah raja chulan masa kelas KAA dulu pun ada. Wafiy dengan Fuad ialah kawan baik yop kat sana. Satu dorm dengan depa, satu kelas dengan mereka.Best duduk kat sana. Setiap petang selalu main badminton. Hari ni ada sukan dekat sekolah yop. Yop rumah biru. Juara keseluruhan rumah kuning, tempat kedua rumah merah, ketiga rumah hijau, keempat rumah biru.


Yop tak masuk apa-apa acara pun tapi dapat jadi AJK sukan 2011. Penat jadi AJK sukan ni yang sebenarnya. Kene tolong cikgu macam-macam. Yang bestnya dapat sijil nanti,cikgu kata la..cikgu Faiz bagi nanti lepas balik rumah nanti. Oklah yop pegi dulu bye.Salam.


nilah kejanya,susun kerusi


Tuesday, February 15, 2011

melawat

12 dan 13 Feb yang lalu kami sekeluarga pergi melawat Yop di asrama. Nampak ok la...walaupun ada 'mendung dan gerimis' sikit-sikit. Lepas je habis latihan taekwondo angah dan 'Abid, kita pun vrooom ke Izzuddin nak tengok Yop. Sempat la makan sikit-sikit, Yop bawak adik-adik jalan-jalan tengok kawasan sekolah, pastu sembang-sembang sampai takde benda nak sembang! Jumpa jugak Aini, Kak Am dan kawan Yop (yang adiknya belajar di kelas mama). Aini datang tengok anak-anak sedara dia. Kak Am pulak tengok anak bujang dia yang hensem tu. Hu...hu semua pun macam 'mendung' gak. Form one la pulak ye dak. Iman (salah sorang daripada anak sedara Aini) je yang happy. Kata Aini memang dia suka masuk sini. Hmm...bagus,bagus. Nanti boleh kawan-kawankan si Yop Adam ni. Kebetulan pulak Iman memang duduk sebelah Yop di kelas. Nasib baik ada kawan yang happy go lucky. Kawan Yop yang sorang lagi pun 'mendung' gak (kata adik dia yang di kelas mama tu). Tak pe la Yop dan kawan-kawan, sekejap je 'kesedihan' korang tu. Nanti bila dah best kat situ, gerenti lupa nak telefon mama dan ayah korang dah. Sabar le ye. Hidup penuh pengorbanan. Hidup penuh perjuangan.



mama nyam...nyam...yang lain sempat lagi tengok blog


renung-renung1

buat anak-anak yang menghuni di asrama terutamanya form one la kan...
kalian mesti ingat bahawa kalian adalah insan bertuah dipilih antara ribuan rakan-rakan kalian yang lain. Gunakanlah peluang ini sebaik-baiknya. Jangan sesekali memadamkan kegembiraan ibu bapa kalian yang telah berdoa siang malam, bertungkus-lumus agar kalian dapat masuk asrama. Jangan la meragam ye. Asrama adalah tempat yang paling baik untuk menuntut ilmu. Tiada gangguan adik-adik, tiada godaan televisyen, tak perlu nak buat kerja rumah, ala....basuh kain sikit-sikit je biasa le tu, tak perlu tolong mak masak atau kemas rumah atau jaga adik dan macam-macam lagi la.
Yang perlu.....,
kalian tabahkan hati. Hidup mesti diteruskan. Takkan selama-lamanya kita dapat bersenang-senang di rumah. Suatu masa nanti kita tetap akan keluar dari kepompong, jauh daripada ibu dan ayah kalian, meneruskan pencarian masa depan di pusat-pusat pengajian tinggi seterusnya keluar bekerja mencari kelangsungan hidup. Masa tu kita tak harap nak duduk 'bawah ketiak mak' lagi kan?
Kalian mesti kuat menghadapi cabaran,
rakan-rakan kalian yang tidak berpeluang masuk ke asrama tidak dapat peluang 'berlatih' hidup bersendirian tanpa pengawasan ibu bapa. Kalianlah yang bertuah kerana lebih awal lagi dapat cuba menjalani kehidupan berdikari. Dan jangan lupa, sebenarnya........jika kita tinggal di asrama...kita dikasihi, dirindui, disayangi beribu kali ganda lagi oleh orang-orang di luar sana. Ingat kalau cabut balik tinggal di rumah, orang nak sayang lagi.? Ye lah, mungkin sayang la jugak kan, ibu ayah mana tak sayang anak, tapi tak kan ada keistimewaan lagi untuk kita. Haa.....nak macam tu.? Lagi satu, mak ayah yang dah buat kenduri kesyukuran masa kalian nak masuk asrama tu camana? kesian. kalau tak kenduri tu, sekurang-kurangnya mungkin la ada opah-opah yang dah tolong siarkan berita terkini yang cucu kesayangan dah masuk asrama....opah le katakan. Tak ke malu orang tua kita tu.
Sekarang....masih  nak keluar asrama lagi? Baik fikirkan seribu kali lagi, baik ulang baca mesej di atas seribu kali lagi, baik fikir sepuluh tahun yang akan datang lagi (tak payah la seribu tahun kan). Camana.? Ada potensi nak menyesal nanti tu.!!... Jadi kalau tak nak menyesal, lupakan hal remeh-temeh masalah (sebenarnya bukan masalah pun, manja je) di asrama tu dan teruskan hidup kalian di asrama. Jadilah anak dan cucu yang membanggakan ibu bapa dan atuk nenek kalian. Boleh kan, senang je tu.
Renung-renungkan....selamat belajar.......

Saturday, February 12, 2011

mula-mula je.....

mula-mula ada juga Adam telefon mama siap mengadu macam-macam tentang hal di asrama...letih la, program padat...rindu mama la (hu..hu..mama pon rindu gak..) , macam-macam. ala...besa la tu. Lama-lama nanti ok la. Yang bestnya Adam kata suma abang-abang (sekolah ni untuk bebudak yang ada 'bin' aje) kat sini baik-baik, takde le buli-buli dan sebagainya. Banyak program kerohanian yang dijalankan. Alhamdulillah....itu le yang mama nak untuk Adam. Suma orang suka Adam sekolah kat sini...atuk, opah, sedara-mara, ustazah dan ustaz kat sekolah rakyat Adam dulu( maklumle Adam dinobatkan Tokoh Pelajar 2010 di SRAR AlHidayah, Kg. Tasek), cikgu-cikgu sekolah rendah dulu, suma doakan yang terbaik untuk Adam. Harap-harap Adam tabahkan hati yek...bukan senang nak jadi senang...


Suma orang happy Adam sekolah kat Izzuddin ni...Adam mesti buat yang terbaik untuk orang-orang yang sayang kat Adam kay!!!

langkah pertama

7 Februari 2011.. Adam telah mendaftar di Sekolah Izzuddin, Ipoh. Sekolah ni adalah sekolah agama kerajaan negeri Perak. Ianya sekolah berasrama penuh. Doakan langkah pertama Adam ini dalam perjalanan menjadi anak soleh. Semoga Adam tabah menjalani suka-duka kehidupan di asrama. Jangan ghiso le..mama dulu pun duduk asrama gak, ok pe....

Mr.Az sedang menolong Adam Adz memasang kunci locker...hu..hu...hu.. 

mama

Oleh kerana hidup perlu diteruskan, saya telah menyerahkan 'tugasan' meng'up date' blog kepada mama saya. Saya akan menghuni asrama Izzuddin Shah mulai kini, oleh itu terpaksa la mintak mama yang tolong meriahkan blog ni. Nak wat camna, memang anak mama pun......

Saturday, February 5, 2011

Tahun Baharu Cina

gong xi fa cai kepada semua rakyat Malaysia. Terutamanya kepada guru dan rakan-rakan yang bersekolah di SMK Raja Chulan. Saya harap pada Tahun Arnab ini kita semua dapat menjalinkan hubungan sesama kaum. Saya ada pantun untuk semua,
buah duku buah nangka,
buah epal buah saga,
kaum cina sangat bahagia,
dapat  angpow di tahun baharu Cina.

Selamat Tahun Baharu Cina, gong xi...gong xi...

Liku Hidup 2011

Selamat datang ke blog Adam . Saya ingin menceritakan liku-liku hidup dalam diri saya sebelum memasuki alam remaja. Di rumah saya dipanggil sebagai yop. Pada tahun 2010, saya berumur 12 tahun. saya menduduki peperiksaan UPSR. Dengan usaha yang saya telah lakukan, saya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Sebelum saya memasuki ke sekolah berasrama penuh, saya memasuki SMK Jalan Tasek, Ipoh. Saya bersekolah di sekolah tersebut selama 3 minggu dalam kelas 1A.

teruna pilihan dara.....ok tak?


Kemudian saya bertukar sekolah ke SMK Raja Chulan. Di sekolah tersebut saya duduk di kelas KAA iaitu Kelas aliran agama dan tinggal di asrama. Dalam pada itu, ibu saya  telah berusaha memasukkan saya ke Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh. Dengan kesungguhan ibu saya, saya dapat memasuki sekolah tersebut. Kehidupan pun diteruskan di SIS. Semoga semuanya berjalan lancar.

hai...

Hai semua...selamat datang ke blog saya ini...setiap suatu itu pasti ada permulaannya, jadi inilah permulaan blog saya. Harap anda sukakannya... alif ba ta, saya baru belajar...sa jim ha, bacalah alkisah!!